Perkhidmatan Maybank Sedang Menghadapi Masalah, Kini Dalam Proses Baikpulih

Masalah yang menimpa pembekal perkhidmatan termasuk pihak bank sehingga menyebabkan beberapa fungsi tidak dapat digunakan bukanlah sesuatu perkara yang jarang kita dengari.

Ketika ini, perkhidmatan salah satu bank terbesar di Malaysia, Malayan Banking Berhad atau Maybank pula sedang mengalami masalah yang sama.

syamz@syamz3 · 2hReplying to @MyMaybank

topup rm dlm akaun grabpay melalui online banking pun x boleh

Maybank@MyMaybank

Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Harap maklum bahawa perkhidmatan IBFT, TAC (semua Telco), Reload & MEPS sedang mengalami gangguan buat masa ini. (1/2)4:57 PM – Mar 27, 2019Twitter Ads info and privacySee Maybank’s other Tweets

Menjawab keluhan pelanggannya di Twitter, @MyMaybank memaklumkan bahawa mereka sedang menghadapi masalah berkaitan IBFT(Instant) melaluiMaybank2U, TAC(semua Telco), tambah nilai serta MEPS buat masa ini.

Q@iepah_ · 2hReplying to @MyMaybank

Berapa lama nak tunggu?

Maybank@MyMaybank

Harap maaf, kami tidak dapat mengesahkan perkara tersebut kerana unit berkenaan masih dalam proses untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama dari pihak anda. Terima kasih.4:54 PM – Mar 27, 2019Twitter Ads info and privacySee Maybank’s other Tweets

Sehubungan dengan itu, mereka berterima kasih atas segala kesabaran serta kerjasama yang diberikan oleh pelanggan dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Sumber: @MyMaybank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *