Julfazli bebas, mohon sumbangan untuk biaya saman Kerajaan
“Rakyat Malaysia boleh memberi sumbangan bagi menampung kos guaman saya sebanyak RM 50 Ribu bagi menjayakan saman sivil RM100 Juta kepada kerajaan Mahathir Mohamad..” – Julfazli Shi
Pemilik akaun Facebook, Jufazli Shi Ahmad yang didakwa b!iadap serta mengh!na Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 22 mac lalu secara rasmi bebas dari tahanan polis.
KENYATAAN MELALUI FACEBOOK JUFAZLI SHI AHMAD HARI INI
EPISODE SINGA TUNJUK TARING: MAHATHIR MOHAMAD “MEMPERGUNAKAN” KAKAK SAYA SEBAGAI MANGSA TANGKAPAN POLITIK & PENDAKWAAN POLITIK DALAM MALAYSIA AGAR SAYA BERHENTI MELAWAN PERDANA MENTERI DIKTATOR DI PUTRAJAYA
Dear Rakyat Malaysia Baru,
“Penculikan Politik” 16 March 2019 oleh Kerajaan Diktator Mahathir Mohamad & PDRM telah menggunakan kakak saya, Nurazimah Binti Shi Ahmad sebagai mangsa tangkapan politik untuk menakut-nakutkan saya supaya saya berhenti bersuara mengkritik Mahathir Mohamad.
Malah,
Ada 7 kesalahan jenayah utama yang dibuat oleh kerajaan diktator Mahathir & Polis-Polis Mahathir dalam tangkapan politik & penculikan politik ini:-
1) Salah Tangkapan: PDRM Menahan Orang Yang Tidak Melakukan Jenayah
2) Tidak Ada Waran Tangkap & Waran Geledah Rumah Pada 16 March 2019
3) Tidak Membenarkan Saya Melantik Peguam & Berjumpa Dengan Peguam Serta Keluarga Saya
4) Permohonan Reman Yang Melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana bermotifkan politik
5) Siasatan Politik & Pembasuhan Otak Berbaur Ugutan ke atas saya dan memaksa saya menyokong kepimpinan diktator Mahathir Mohamad
6) Tangkapan Ke atas Kakak Saya & Pendakwaan Yang Bermotifkan Politik
7) Tangkapan Politik Kedua ke atas Jufazli Shi Ahmad Pada 20 March 2019: Tidak Ada Waran Tangkap & PDRM Memaksa Saya Menjawab Soalan Siasatan Politik
Sehubungan dengan itu,
Saman RM 100 Juta akan kita tetap teruskan bermula minggu hadapan.
Saya perlukan bantuan kewangan rakyat Malaysia Baru untuk menanggung kos guaman sebanyak RM 50 Ribu bagi menjayakan saman sivil ini.
Saman sivil ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada kerajaan diktator Mahathir & PDRM agar berhenti mencabul kedaulatan undang-undang dan mencabul keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia demi memuaskan nafsu politik mereka mengganggu kebebasan rakyat bersuara.
Sumbangan ikhlas anda boleh dimasukkan kepada:-
Akaun: Maybank
No. Akaun: 160027329567
Nama: Jufazli Shi Ahmad
No. WhatsApp: 011-60602676
Jika kita menang saman sivil RM 100 Juta ini, saya akan kongsi duit kemenangan itu bersama rakyat miskin di Malaya, Sabah & Sarawak serta penyumbang dana ini.
Inikalilah Mahathir Mohamad kalah teruk untuk kali kedua dengan Jufazli Shi Ahmad.
CHECKMATE HABIS MAHATHIR DIKTATOR!
💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪
Yang Benar & Yang Paling Berani,
JUFAZLI SHI AHMAD
HERO BARU MALAYSIA BARU
PENGKAJI & PENGANALISIS POLITIK BEBAS
GRADUAN MASTER SAINS POLITIK (2015)
GRADUAN SARJANA MUDA SEJARAH (2012)