Semua mangsa tembakan sudah dikenal pasti

ANTARA mangsa yang terbunuh dalam serangan di Christchurch.

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini mengesahkan identiti semua 50 mangsa tragedi tembakan dua masjid di Christchurch bagi membolehkan pengebumian dijalankan.

AFP melaporkan Pesuruhjaya Mike Bush berkata, proses pengecaman semua mangsa selesai dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan.

Al Jazeera memetik kenyataan polis di portal New Zealand Police melaporkan, enam mayat sudah diserahkan kepada keluarga mangsa selepas proses bedah siasat selesai, Selasa lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *