Takkan ku sebut nama pengganas – Ardern

“APABILA saya bercakap, namanya tidak akan disebut” :Ardern

CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berikrar untuk tidak lagi menyebut nama pengganas yang menyerang dua masjid di Christchurch ketika menyempurnakan pembukaan sesi parlimen dengan ucapan ‘Assalamualaikum’, hari ini.

“Dia akan dikenakan mengikut undang-undang sepenuhnya di New Zealand. Dia melakukan banyak perkara daripada tindakan ganasnya, yang menyebabkan dia terkenal.

“Sebab itu, anda tidak akan mendengar saya menyebut namanya. Dia adalah pengganas. Dia adalah penjenayah. Dia adalah seorang pelampau. Apabila saya bercakap, namanya tidak akan disebut.

“Saya merayu kepada anda: Sebutlah semua nama mereka yang sudah mati dan bukan nama orang yang mengambil nyawa mereka,” katanya kepada sidang parlimen mengenai warga Australia berusia 38 tahun yang didakwa atas tuduhan membunuh itu.

Dengan berpakaian serba hitam, perdana menteri berusia 38 tahun itu menyampaikan ucapan simbolik kepada dunia Islam.

“Wa alaikum salaam wa rahmatullahi wa barakatuh,” katanya. – AFP

95