32 individu terlibat dadah diberkas di Papar

PAPAR: Seramai 32 individu ditahan dalam Operasi Sarang yang dijalankan sekitar daerah ini bermula 1 hingga 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, dua daripada jumlah tangkapan terbabit didapati memiliki dadah.

Menurutnya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, 30 lagi tangkapan didapati positif dadah jenis syahbu dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) ADB 1952.

“Operasi ini dijalankan sebanyak dua kali dalam sehari. Turut ditahan dalam tempoh berkenaan, seramai 15 lelaki kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Seramai 120 orang menjalani pemeriksaan sepanjang operasi ini diadakan dan ia adalah usaha untuk mengekang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di dalam daerah Papar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Batholomew berkata, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah.

Selain itu katanya, ia juga bagi mengesan dan mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) ke daerah ini. – Utusan Borneo

Antara suspek yang ditahan dalam Ops Sarang berkenaan. Gambar Facebook Polis Daerah Papar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *