Model jelita curi pelanggan di kedai barbeku

TAIPEI: Kehadiran model jelita di sebuah kedai barbeku menjadi perhatian kerana wanita berkenaan tidak segan membantu perniagaan keluarganya itu menyebabkan dia digelar ‘Dewi Barbeku.’

SEDUTAN video Ruo Yan yang tular di media sosial.Agensi

Kisah Ruo Yan (gambar), 36, tular di media sosial selepas rakaman video seorang wanita jelita melayan pelanggan di sebuah kedai barbeku berhampiran Lebuhraya Alishan Taiwan dimuat naik di Internet.

Peminat fesyen kemudian mengenal pasti wanita itu sebagai Ruo Yan, seorang artis dan model.

Menurut laporan News.com.au yang memetik Shanghai.ist, Rou Yan berkata, apabila tidak bekerja, dia pulang ke rumah keluarganya untuk membantu perniagaan kedai barbeku mereka.

Wanita itu menjadi tarikan utama pelanggan dan pelancong ke kedai barbeku berkenaan, malah orang ramai turut membanjiri Facebooknya dengan mesej dan pujian dengan gelaran ‘Dewi Barbeku’ masyarakat.

“Kamu sangat cantik!,” kata seorang individu meluahkan pendapatnya di Facebook. – Agensi

295