Ops Sarang Khas: Polis Tawau Gempur Felda Umas-Umas

TAWAU, 11 Mac 2019 – 75 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina ditahan dalam satu operasi khas di kawasan hotspot perkampungan Gugusan Felda Umas-umas, Tawau awal pagi tadi.

Antara Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang ditahan. Facebook Pages Polis Daerah Tawau

Ketua Polis Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, kesemua yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi sama, Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) turut menahan dua individu kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram berharga lebih kurang RM500 yang disimpan di dalam sebuah kotak tin di dalam rumahnya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Sekyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 15(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Dalam pada itu, operasi juga turut merampas 13 buah tong gas (LPG) dan 24 buah botol minuman keras kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan dan rampasan diserahkan kepada KPDNKK dan KASTAM untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi bersepadu yang dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia Tawau dan ESSCOM dengan keanggotaan 142 terdiri dari Pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan AM Batalion 14 (PGA) Tawau, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia serta seramai 155 orang telah diperiksa, operasi juga turut dianggotai pasukan khas Interpol Bukit Aman,” katanya.

Ujarnya, sepanjang operasi dijalankan sebanyak lebih kurang 150 buah rumah di kawasan perkampungan berkenaan telah diperiksa.

Mengulas lanjut, ACP Fadil berkata, sempena menyambut Hari Polis ke 212 tahun ini PDRM Tawau akan menjalankan operasi berterusan dalam hasrat proses pemutihan kawasan penempatan dan akan dilaksanakan dengan lebih kerap serta lebih agresif yang juga merupakan kawasan HOTSPOT pengedaran dan penagih dadah, pendatang tanpa izin dan beberapa aktiviti jenayah dapat dibendung sepenuhnya.

“Ia juga bedasarkan langkah-langkah pencegahan bagi mengenalpasti ancaman dan keadaan keselamatan daerah ini daripada kehadiran PATI yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat setempat serta mengenalpasti penempatan setinggan atau rumah kongsi yang didirikan secara haram atau tanpa kebenaran pihak berkuasa serta mana-mana kumpulan atau individu yang berada di kawasan sasaran operasi khas,” jelasnya.

Selain itu katanya, ia merupakan usaha Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam pembanterasan jenayah dan dadah secara agresif adalah salah satu perkara yang perlu ditangani habis-habisan dalam mencapai misi serta mempergiat usaha ke arah Tawau Sejahtera demi memastikan masyarakat di daerah ini mencapai keamanan dan sejahtera.

Sumber : Facebook Pages Polis Daerah Tawau

Facebook Pages Polis Daerah Tawau
Facebook Pages Polis Daerah Tawau
Facebook Pages Polis Daerah Tawau
Facebook Pages Polis Daerah Tawau
Facebook Pages Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *