Kencing dalam bas, ibu serang pemandu

Sedutan rakaman CCTV insiden seorang wanita menyerang pemandu bas. FOTO/AGENSIAgensi

BEIJING: Seorang ibu ditahan polis kerana menyuruh anak lelakinya berusia dua tahun agar kencing di dalam sebuah bas sebelum menyerang pemandu bas berkenaan di tengah China.

South China Morning Post melaporkan, kejadian di Dazhi, wilayah Hubei itu turut dirakam CCTV bas memaparkan wanita itu yang dikenali sebagai Chen menggalakkan anaknya agar kencing di dalam bas dihadapan penumpang lain.

Perbuatan Chen disedari pemandu bas sehingga berlaku pertengkaran. Pemandu itu jelas membantah tindakan Chen, membuatkan dia berasa berang lalu memukul pintu bas dan menarik jaket pemandu yang sedang memandu.

Portal berita PearVideo melaporkan, anak lelaki Chen perlu ke tandas segera tetapi memandangkan mereka berada di dalam bas, Chen menyuruh anaknya kencing di dalam bakul sampah, kata polis.

“Kejadian itu membuatkan pemandu tidak berpuas hati dan mengatakan Chen sebagai ‘tidak bertamadun’ sebelum dia diserang.”

Pemandu yang tidak dikenal pasti itu menghubungi polis ketika Chen menyerangnya. Wanita itu ditahan kerana mampu menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam.

Rata-rata netizen memahami masalah Chen bersama anaknya itu tetapi kes itu turut mendapat kecaman di media sosial.

Komen seorang individu di Weibo: “Sesiapa pun mungkin perlu menggunakan tandas, terutama kanak-kanak, tetapi ibu bapa perlu terima kritikan – sudah jelas dia bersalah”. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *