Bunuh anak demi bersama kekasih

GAMBAR HIASAN

New Delhi: Seorang balu tergamak berkomplot dengan kekasih gelap untuk membunuh anak lelakinya selepas hubungan mereka tidak direstui mangsa dalam kejadian di Jhajjar, baru-baru ini.

Hindustan Times melaporkan suspek Meena Devi, 44, dan kekasihnya, Pradeep, 23, dengan bantuan dua lelaki menembak Parmod ketika berada dalam rumah pada 19 Februari lalu.

Polis berkata mangsa yang berusia 23 tahun berkenalan dengan Pradeep ketika bekerja sebagai bouncer di Gurugram dan sejak itu, lelaki terbabit kerap mengunjungi rumahnya di kampung Chamanpura.

Mangsa mula berasa curiga terhadap kelakuan kedua-dua suspek apabila dia banyak meluangkan masa di rumah selepas berhenti kerja dan bertindak melarang lelaki itu dari jejak kaki ke rumahnya.

Polis berkata, ibu mangsa memberi alasan hanya menyedari anaknya sudah mati ditembak individu tidak dikenali pada pagi kerana tidur sepanjang malam.

Bagaimanapun, kejadian sebenar terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki membawa senjata terlarang disusuli Meena, Pradeep dan seorang suspek. – Agensi

209