8 cedera pesawat berhenti mengejut

169 penumpang dan enam kru segera meninggalkan jet Airbus A320 itu menggunakan gelongsor kecemasan di Lapangan Terbang Stansted.Agensi

LONDON: Lapan penumpang cedera ringan apabila pesawat Laudamotion terpaksa berhenti mengejut sejurus sebelum berlepas berikutan letupan besar dalam kejadian di Lapangan Terbang Stansted, jam 8 malam waktu tempatan, semalam.

Seramai 169 penumpang dan enam kru segera meninggalkan jet Airbus A320 itu menggunakan gelongsor kecemasan dan siasatan mendapati pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan enjin.

Daily Mail melaporkan saksi memberitahu terdengar bunyi letupan besar sebelum mendengar kru menjerit untuk mengosongkan pesawat, menyebabkan penumpang panik.

Insiden cemas itu menyebabkan banyak jadual penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Stansted selama tiga jam hingga ramai penumpang terkandas.

Lapangan terbang itu menerusi Twitter memaklumkan landasan sudah beroperasi sepenuhnya pada jam 11 malam waktu tempatan selepas pesawat terbabit ditunda ke lokasi selamat. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *