Maut jatuh dari tingkat 11

Alem yang mencuba untuk menyelamatkan dirinya sebelum terjatuh daripada tingkat 11. Foto Dailyrecord.co.uk

EDINBURGH: Seorang wanita berusia 30 tahun maut jatuh dari sebuah blok pangsapuri setinggi 30.48 meter selepas dilihat tergantung dari jendela pangsapuri oleh seseorang yang dipercayai cuba menyelamatkannya dengan menarik rambutnya.

Daily Mail melaporkan, polis Scotland menganggap kematian Alem Shimeni mencurigakan kerana wanita itu terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri di Royston, Glasgow, pada jam 5 petang, Isnin lalu.

Seorang jurugambar yang menyaksikan kejadian itu berkata, wanita itu tidak jatuh segera kerana dia berusaha keras cuba memegang ambang tingkap manakala kakinya menggaruk dinding untuk memaut sesuatu agar tidak jatuh, lapor Daily Mail.

TEMPAT dimana Alem jatuh ditutup oleh polis. -Foto Daily Mail

“Wanita bangsa Eritrea itu jatuh ke tanah dalam keadaan tertiarap dengan darah memenuhi kawasan itu.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat seorang lelaki Afrika yang cuba melarikan diri ditangkap jiran. Dia meronta untuk melepaskan diri namun kami berjaya menangkapnya semula sehingga polis tiba,” kata jurugambar yang tidak diketahui namanya.

Inspektor Detektif Aileen Boyle dari Pasukan Penyiasatan Utama berkata: “Kami masih mengumpulkan maklumat untuk mencari punca kematian Alem. Ia kawasan sibuk dan saya berharap saksi dapat berjumpa dan membantu polis.” – Agensi

205