Bagi anak teguk bir

Petikan daripada video yang tular.

COLOMBO: Seorang lelaki ditahan polis selepas memberi anaknya yang berusia setahun meneguk botol bir sebelum memuat naik aksi berkenaan di laman sosial.

Kejadian itu dipercayai dirakam di Meegalawa di daerah Anuradhapura dan lelaki itu dilihat memberi anaknya meneguk bir dari botol yang dipegangnya.

Lelaki itu dan beberapa rakannya juga dilihat ketawa apabila kanak-kanak berkenaan dilihat mencapai botol bir yang dihulur ke mulutnya.

Video itu kemudian dimuat naik di laman sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak berkenaan.

Jurucakap polis berkata, itu ditangkap selepas pengguna media sosial membuat laporan polis selepas video berkenaan tular.

Tiga rakan lelaki itu juga ditangkap susulan kejadian yang berlaku di sebuah pantai di Meegalawa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *