Alat muzik, sepanduk perlu kebenaran SAFA

KOTA KINABALU, 14 Feb – Penonton dan kelab  penyokong dilarang membawa masuk alat-alat muzik seperti gong, gendang dan kompang ke Stadium Likas semasa perlawanan Liga Malaysia musim ini kecuali mendapat kebenaran Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan SAFA,  SAC Jauteh Dikun berkata, larangan tersebut akan mula berkuat kuasa pada perlawanan Liga Premier antara Sabah mementang Terengganu FC 11 (TFC 11), Sabtu ini.

Selain alat muzik, katanya, sepanduk berunsur provokasi ,??????? mercun, suar, payung, botol dan tin minuman juga dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Kami akan memperketatkan kawalan keselamatan bagi menguatkuasakan peraturan ini,” katanya kepada pemberita selepas??????? mesyuarat pengurusan SAFA, di sini hari ini.

Beliau, yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, berkata peraturan itu adalah bagi memastikan kemeriahan menyaksikan perlawanan tuan rumah, Sabah, tidak dicemari dengan insiden yang tidak diingini.

“Kalau mahu menggunakan alat muzik atau ada sepanduk yang mahu dipaparkan, perlu kebenaran daripada SAFA terlebih dahulu,” katanya.

Selain itu, katanya, peralatan audio visual untuk tujuan membuat siaran langsung perlawanan juga dilarang dibawa masuk ke dalam stadium kecuali mereka yang diberi hak penyiaran oleh badan pentadbir liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *