Gempa bumi magnitud 6 landa Filipina

GEMPA bumi magnitud 6 pada skala Richter berlaku 146 kilometer timur dari Surigao City.

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6 pada skala Richter berlaku 146 kilometer (km) timur dari Surigao City, yang terletak di timur laut Pulau Mindanao, Filipina pada jam 7.55 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km dan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

259