Mayat ditemui dalam bangkai pesawat Sala

Penyiasat Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat. Foto/Agensi

LONDON: Penyiasat Britain semalam menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.

Pesawat ringan yang membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang, David Ibbotson ke pasukan baru Liga Perdana, Cardiff City hilang berhampiran pulau Guernsey pada 21 Januari lalu.

“Dalam keadaan mencabar, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pakarnya berjaya menemui mayat di celah bangkai pesawat,” kata AAIB.

“Operasi itu dijalankan sebagaimana ia disahkan dan keluarga terbabit sentiasa dimaklumkan.”

Walau bagaimanapun, sukar untuk membawa pesawat keluar kerana cuaca buruk.

Mayat di dalam pesawat berkenaan dihantar kepada koroner untuk tujuan pengecaman. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *