Langgar Syarat Lesen Tiga Bot Pukat Tunda Ditahan PPM Kudat

Tiga bot nelayan pukat tunda dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut. Gambar Ehsan PPM Kudat

KUDAT, 5 Jan – Semasa menjalankan Operasi ‘Op Gelora Khas’ (Op Selamat Laut 01/2019) botronda RH 18 Pasukan Polis Marin Kudat telah menerima maklumat awam berkenaan perlangggaran Syarat Lesen di bawah Akta Perikanan 1985 oleh bot nelayan dari Kota Kinabalu di laut Sikuati Kudat pada jam 6.30 petang kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Hasil pemeriksaan di lokasi telah berjaya menemukan tiga buah bot nelayan pukat tunda yang menunda kurang enam batu nautika dari Tanah Besar iaitu lebih kurang 2.9 batu nautika sahaja dari Tanah Besar. Jumlah ikan yang telah dinaikkan hasil tundaan oleh ketiga-tiga bot nelayan tersebut dianggarkan lebih kurang 140 kilogram dengan nilai RM2,000. 00.

Ketiga-tiga bot pukat tunda tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar Syarat Lesen (Menunda 6 batu nautika dari Tanah Besar). Jika sabit kesalahan boleh dikompaun berjumlah RM500.00 hingga RM1,500.00. Bagi kesalahan kali keempat pula Lesen Perikanan boleh dibatalkan oleh Jabatan Perikanan.

Ketiga-tiga bot nelayan pukat tunda tersebut diiringi ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

ACP Pajeri juga menasihatkan Pengusaha Nelayan Komersial untuk tidak menjalankan aktiviti menunda ikan kurang daripada Syarat Lesen kerana ia mengganggu ekosistem dan nelayan pesisir pantai.

Tiga bot nelayan pukat tunda dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut. Gambar Ehsan PPM Kudat
Pasukan Polis Marin Kudat merampas sebanyak 140 kilogram ikan pelbagai jenis bernilai kira-kira RM2,000 daripada tiga bot pukat tunda dalam Op Gelora Khas, semalam. Gambar Ehsan PPM Wilayah 4 Sabah
Tiga bot nelayan pukat tunda dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut. Gambar Ehsan PPM Kudat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *