Lelaki maut kereta terbabas, rempuh pokok

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang maut selepas tersepit dalam satu kemalangan berhampiran di Bulatan Masjid Likas, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok dalam kejadian kemalangan di jalan susur berhampiran bulatan Masjid Bandaraya, Likas, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa Andy Mahaga Sipawi, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata mangsa yang memandu Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Sebaik mangsa tiba di lokasi, kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar pokok.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian.

Terdahulu, Habibi turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu di beberapa laluan di daerah ini yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ketika musim perayaan.

“Kajian juga menunjukkan kes kemalangan berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang lalu lintas serta memandu dengan laju sehingga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.13 pagi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama sebuah jentera di kejar ke lokasi untuk operasi menyelamatkan mangsa.

“Pemeriksaan mendapati, seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan,” katanya.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan pada jam 2.47 pagi. – Berita Harian

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang maut selepas tersepit dalam satu kemalangan berhampiran di Bulatan Masjit Likas, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Bomba

401