39 bebola magnet dalam zakar

Gambar X-ray yang menunjukkan kedudukan bebola mahnet di dalam saluran kencing kanak-kanak itu. FOTO Daily Mirror

BEIJING: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 39 bebola magnet ke dalam kemaluannya.

Daily Mirror melaporkan, budak yang berasal dari Wuhan itu dilaporkan memasukkan bebola itu ke dalam saluran kencingnya selepas didorong perasaan ingin tahu.

Budak itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan pada 13 Januari lalu dan dia memberitahu doktor dia menelan beberapa objek asing.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengadu sakit di bahagian perut dan sukar untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, Doktor Wang Jun terkejut apabila menemui 39 bebola itu tersangkut di saluran kencing pesakit.

Satu pasukan doktor kemudiannya membuat satu pembedahan kecil untuk mengeluarkan bebola berkenaan.

“Mustahil untuk menarik bebola magnet itu keluar tanpa pembedahan. Bebola itu akan berubah arah ketika kami cuba menariknya sepanjang saluran kencing,” kata Wang.

Berapa lama bebola magnet itu berada di dalam zakar kanak-kanak berkenaan tidak diketahui.

Menurutnya, budak lelaki itu kini boleh membuang air kecil dan keadaannya semakin pulih. – Agensi

PIHAK hospital berjaya mengeluarkan 39 bebola magnet. FOTO Daily Mirror

286