Dadah: Sembilan individu ditahan di Kota Kinabalu

GAMBAR POLIS KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 3 Feb – Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang yang dijalankan sekitar bandar raya Kota Kinabalu dalam operasi yang dijalankan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah ACP Habibi Majinji berkata polis turut merampas 16 peket plastik lut sinar berisi hablur disyaki dadah jenis syabu seberat 6.4 gram dianggarkan bernilai RM1,000.

Habibi berkata operasi yang berjalan selama lapan jam bermula jam 2 pagi itu dilancarkan hasil risikan dan maklumat awam ke atas sarang penagihan itu.

“Selain itu, Op Sarang dijalankan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas ahli sindiket pengedaran dadah yang wujud di kawasan bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, kesemua individu yang berumur antara 13 hingga 41 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39 (A) dan Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

GAMBAR POLIS KOTA KINABALU
GAMBAR POLIS KOTA KINABALU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *