Bantu kami…

Keadaan rumah PPRT Kampung Botition, Beluran rosak disebabkan tanah runtuh.

BELURAN : Penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Botition, di Beluran, memohon pihak berkaitan supaya membantu berikutan kediaman mereka rosak akibat tanah runtuh baru-baru ini.

Penduduk, Muhd Zulfikri Ali, 23, berkata, dia dan enam ahli keluarganya tidak boleh mendiami rumah berkenaan dan kini terpaksa berhimpit menumpang di rumah keluarga.

Katanya, rumah PPRT yang didiami mereka sebelum ini mengalami keretakan di bahagian dinding, manakala kaca tingkap pecah selain sebahagian tanah runtuh memasuki bahagian dalam rumah.

“Selepas kejadian itu, rumah kami dimasuki air hujan sehingga banjir kerana parit tersekat akibat runtuhan tanah. Tanah yang runtuh itu pula ‘merempuh’ masuk ke dalam rumah kami.

“Kami juga terpaksa meletakkan barangan di luar untuk mengelakkan ia rosak. Setiap kali hujan, air pasti masuk ke dalam rumah melalui tingkap” katanya ketika ditemui NSTP.

Muhd Zukfikri berkata, sisa runtuhan tanah belum dialihkan dan mereka berharap ada bantuan segera untuk membantu mengalihkannya.

“Selain itu, kami berharap boleh diberikan tempat tinggal sementara kerana tiada tempat meletakkan barang-barang rumah kami,” katanya.

Dalam kejadian baru-baru ini, tebing bukit di belakang rumah mereka runtuh menghempap dinding sehingga berlaku kerosakan teruk.

Sebuah lagi PPRT bersebelahan rumah mereka turut dihempap tanah runtuh berkenaan, namun sebarang kecederaan terhadap mangsa dilaporkan. – Harian Metro

Keadaan rumah PPRT Kampung Botition, rosak disebabnkan tanah runtuh.
Keadaan rumah PPRT Kampung Botition, rosak disebabnkan tanah runtuh.
Keadaan rumah PPRT Kampung Botition, rosak disebabnkan tanah runtuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *