Kanak-kanak perempuan maut akibat pistol angin

Kanak-kanak perempuan maut selepas paru-parunya meletup disebabkan hos angin tekanan tinggi dimasukkan ke dalam mulut. – Foto DailyMail

KAOHSIUNG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut, selepas paru-parunya meletup disebabkan hos angin tekanan tinggi yang disyaki dimasukkan ke dalam mulut mangsa di sebuah stesen minyak di Taiwan.

Identiti kanak-kanak itu tidak didedahkan. Beliau meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Veteran Kaohsiung, barat daya Taiwan. Doktor mendapati paru-paru kanak-kanak itu koyak dan kemudian ‘jatuh’.

Difahamkan, polis sedang menyiasat bapa mangsa atas beberapa tuduhan menyebabkan kematian. Kecederaan teruk kanak-kanak itu mungkin disebabkan pistol angin dimasukkan ke dalam mulut beliau.

Penyiasat kini menentukan sama ada bapanya bertanggungjawab secara kemalangan atau sengaja atau tindakan kanak-kanak malang itu sendiri.

Bapa mangsa, Kuang mendakwa anak perempuan beliau keluar dari kereta dan mengambil hos angin kemudian memasukkannya dalam mulut sendiri sehingga menyebabkan kemalangan di stesen minyak layan diri terbabit.

Katanya, dia membawa mangsa ke hospital, sebaik kejadian. Kuang berkata, anak beliau menjadi pucat dan kelihatan seolah-olah sudah berhenti bernafas.

Penyiasat kini meneliti satu kamera litar tertutup CCTV yang menunjukkan lelaki terbabit dilihat menggerakkan pistol angin itu ke arah anak perempuannya dua kali, sebelum menembak kereta beliau.

Walaupun lelaki itu mendakwa anaknya sudah keluar dari kereta, rakaman menunjukkan kanak-kanak itu tidak meninggalkan tempat duduk penumpang depan.

Penyiasat masih gagal menentukan apa yang sebenarnya berlaku, ketika kemalangan itu kerana lelaki terbabit menghalang kamera CCTV. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *