8 maut banjir, tanah runtuh di sulawesi

Pandangan dari udara keadaan banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda beberapa bahagian Sulawesi. FOTO AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan ribuan yang lain terpaksa berpindah selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia, kata pihak berkuasa.

Hujan lebat dan angin kuat membadai beberapa bahagian Sulawesi sepanjang malam menyebabkan sungai melimpah dan membanjiri puluhan perkampungan di sembilan daerah di selatannya, termasuk beberapa bahagian di Makassar.

Lima orang ditemui mati di Jeneponto district, manakala tiga lagi terbunuh di Gowa, kata Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Indonesia.

Sekurang-kurangnya empat yang lain masih hilang, namun pihak berkuasa berkata, maklumat masih dihimpunkan dari kawasan terjejas.

Jurucakap BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata: “Hujan lebat sejak Selasa di beberapa kawasan di selatan Sulawesi mengakibatkan banjir.

“Bot dan bantuan pemakanan masih diperlukan untuk mangsa yang dipindahkan, dan penyelamat masih mencari mereka yang hilang.” – AFP

324