Mangsa Kebakaran Kampung Pasir Putih Terima Kad Pengenalan Dan Surat Beranak Gantian

Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad pada Majlis Penyerahan IC dan Surat Beranak terbakar kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih di Dewan Serbaguna Putatan. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

PUTATAN: Seramai 45 mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih di sini menerima gantian kad pengenalan dan sijil lahir mereka yang hilang dalam kejadian tersebut.

Acara penyerahan dokumen disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Sahari. Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendaftaran Negera Sabah, Datuk Ismail Ahmad.

Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari (dua dari kanan) bersama Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan IC dan Surat Beranak terbakar kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih di Dewan Serbaguna Putatan. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Dalam pada itu Awang Husaini turut mengalu-alukan langkah JPN Sabah dalam membantu mangsa kebakaran mendapatkan semula dokumen pengenalan diri mereka dengan segera.

Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari (tiga dari kanan) bersama Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad (kanan) pada Majlis Penyerahan IC dan Surat Beranak terbakar kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih di Dewan Serbaguna Putatan. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Kecekapan JPN mengendalikan kes kehilangan dokumen amat kita alu-alukan. Ini memberikan kebaikan kepada mangsa yang benar-benar memerlukannya,” katanya.

Sumber – SabahNewsToday
Artikel Asal : https://www.sabahnewstoday.com/mangsa-kebakaran-kampung-pasir-putih-terima-kad-pengenalan-dan-surat-beranak-gantian/

196