Gempa 5.7 magnitud gegar barat laut Aceh

JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 5.7 pada skala Richter menggegarkan barat laut Aceh, Sumatera Utara pagi tadi.

Gempa berpusat di 202km Barat Laut Kota Sabang-Aceh itu berlaku pada jam 9. 53 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Banda Aceh dan Sabang.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.

Belum terdapat laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini. – BERNAMA

178