Berang kena cerai

HASNATUL Laili bersama dua anak perempuannya. (kiri)

Bengkulu: Berang diceraikan isteri, seorang lelaki bertindak kejam menikam wanita itu dan dua anak tirinya hingga mati.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Hasnatul Laili, 35, dan dua anaknya, Melan Miranda, 16, dan Cika Ramadani, 10, ditemui berlumuran darah di rumah mereka di Talang Ulu, Rejanglebong, Bengkulu, Indonesia Sabtu lalu.

Mangsa ditemui berlumuran darah dan kesan kecederaan di seluruh badan di dalam sebuah bilik seorang jiran yang menghantar pisang ke rumah berkenaan.

Semua mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum leher mereka dijerut hingga mati.

Susulan kejadian itu polis memburu seorang lelaki yang juga bekas suami ketiga Hasnatul dikenali sebagai Ari yang dipercayai orang terakhir dilihat bersama mangsa.

Jurucakap polis Bengkulu, Sudarno berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap di sebuah hotel di Kota Manna, Bengkulu Selatan, awal pagi semalam.

“Ketika disoal siasat suspek mengaku membunuh mangsa kerana berang akibat diceraikan isterinya. Pasangan itu dilaporkan bercerai kira-kira sebulan lalu,” katanya yang dipetik Detik.com.

Katanya, Ari datang ke rumah wanita itu Jumaat lalu dan dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka.

Lelaki itu turut melarikan barangan kemas, wang tunai, telefon bimbit dan kereta jenis Suzuki milik wanita berkenaan.

“Suspek adalah suami ketiga mangsa dan mereka baru bercerai. Mungkin motifnya sakit hati tetapi kami akan menyiasat lebih lanjut,” jelasnya.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa atas tuduhan membunuh. – Agensi

Ari ditangkap polis kerana disyaki membunuh bekas isteri dan dua anak tirinya.
Ari ditangkap polis kerana disyaki membunuh bekas isteri dan dua anak tirinya.
Ari ditangkap polis kerana disyaki membunuh bekas isteri dan dua anak tirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *