NASA Beri Amaran, Asteroid Sebesar Piramid Giza Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok

NASA baru-baru ini mengesahkan batuan angkasa, Asteroid 2016 AZ8 akan terbang melintasi Bumi pada jarak yang agak dekat, Isnin ini.

Asteroid yang mempunyai kelebaran 430 meter ini akan terbang pada jara 2.3 juta batu daripada Bumi.

Apa yang mengejutkan, pemerhatian lanjut yang dibuat oleh NASA mengesahkan 2016 AZ8 bukanlah satu-satunya asteroid batuan angkasa yang bakal terbang melintasi Bumi, sebaliknya ia diekori satu lagi batuan angkasa dengan bentuk seolah-olah sebatang curut.

NASA kemudian mengesahkan asteroid berbetuk curut yang lebih kecil itu bertindak seperti bulan yang terbang sambil mengelilingi 2016 AZ8 pada jarak kira-kira 400 meter dan mempunyai lebar 180 meter.

Piramid Giza

2016 AZ8 dianggarkan mempunyai kelebaran seperti ibupejabat Pentagon di Amerika Syarikat dan sebesar sebuah Piramid Giza di Mesir. Bagiamanpun, asteroid ini dijangka akan benar-benar memberi ancaman kepada Bumi menjelang kurun ke-23.

Pada saiz tersebut, sebarang impak hentaman kepada Bumi boleh meninggalkan kesan kemusnahan yang amat binasa biarpun pakar astronomi ragu-ragu bencana berkenaan boleh berlaku.

Pentagon

Berdasarkan pengiraan yang dibuat oleh Program Pengiraan Kesan Hentaman Kepada Bumi, mana-mana objek batuan angkasa bersaiz seperti Imperial College London akan mempunyai daya kekuatan seperti letupan 3,300 megaton TNT.

Imperial College London

Bagaimanapun, daya hentaman juga bergantung kepada kelajuan AZ8 memasuki atmosfera Bumi. Namun begitu, sekiranya bencana berkenaan benar-benar berlaku, manusia berisiko untuk pupus.

Sumber: Dailystar UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *