Mak nyah rayu kembali ke penjara wanita

Karen White

UNITED KINGDOM -Seorang banduan mak nyah merayu sumbangan sebanyak $25,000 (RM131,584) bagi membolehkannya menjalani pembedahan menukar jantina untuk kembali semula ke penjara wanita.

Karen White, 52, dipenjarakan seumur hidup sejak Oktober lalu kerana merogol dua wanita dan mencederakan seorang lelaki.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai David Thompson, pada mulanya dimasukkan ke penjara wanita New Hall, namun dipindahkan ke penjara lelaki HMP Wakefield selepas melakukan serangan seksual terhadap dua banduan wanita.

“Saya berharap kembali ke penjara wanita semula. Tetapi satu cara untuk hasrat ini tercapai adalah dengan menukar diri saya menjadi seorang wanita.

Wajah Karen White ketika dalam penjara.
Wajah Karen White ketika dalam penjara. 

“Masa itu pihak penjara tidak mempunyai pilihan melainkan menghantar saya ke penjara wanita semula,” katanya yang merayu rakan-rakannya untuk memberi sumbangan kepadanya bagi menampung kos pembedahan menukar jantina.

Pihak berkuasa memasukkan Karen ke penjara wanita pada awalnya sebagai memenuhi tuntutan hak-hak transgender di United Kingdom.

Menerusi pendengaran mahkamah, dia didakwa menggunakan penampilannya sebagai wanita bagi memperdayakan mangsa.

Hakim Christopher Batty menyifatkan Karen sebagai seorang penjenayah yang pandai memanipulasi. -MIRROR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *