Ketua Cabang PKR Kinabatangan Digesa Letak Jawatan

SANDAKAN: Ketua Cabang PKR Kinabatangan, Azmi Tambuyong digesa agar meletak jawatan sebagai ketua cabang atau sebagai penolong kanan sekolah menengah yang memangku Gred DG 52.

Gesaan itu dibuat oleh mantan Naib Ketua Cabang PKR Kinabatangan merangkap Ahli Jawatankuasa Persatuan Hak Asasi Tanah Adat Negeri Sabah (PACOS), Paulus @ Paul Gahin dan seorang ahli PKR, Presly Jasni.

Paulus @ Paul Gahin.Gambar Fail SNT

Kedua mereka mendakwa Azmi perlu memilih salah satu jawatan berkenaan berdasarkan kerjaya Azmi sebagai seorang guru yang kini memangku Gred DG 52 dan pada bila-bila masa boleh dinaikkan ke jawatan sebagai pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah.

Mereka berkata status itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan rujukan surat arahan Kementerian Pendidikan Malaysia 2010.

Azmi juga didakwa gagal menggemukan surat kelulusan dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan rujukan surat arahan Kementerian Pendidikan Malaysia 2010 bagi memegang jawatan dalam parti.

Dalam pada itu, Paulus mahu Azmi meletak salah satu jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kinabatangan atau sebagai guru yang memangku Gred DG 52 demi kepentingan rakyat di Kinabatangan.

“Sekiranya Azmi memilih untuk menerajui kepimpinan PKR Kinabatangan, Azmi perlu melepaskan kerjayanya sebagai seorang guru supaya dapat menumpuhkan sepenuhnya dalam arena politik,” katanya.

Beliau berkata sekiranya dia (Azmi) memilih kerjayanya sebagai guru dimana ia perlu melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang agar dapat membina insan atau pelajar di Kinabatangan ini ke arah yang lebih cemerlang.

“Azmi perlu menghormati surat arahan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian supaya tanggungjawab serta amanah yang diberikan digalas dengan baik sebagai seorang penjawat awam memangku Gred DG 52,” tegasnya.

Beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar guru yang berjawatan di peringkat pengurusan tidak dibenarkan terlibat secara aktif dan memegang apa-apa jawatan dalam politik kerana untuk menggelakkan konflik kepentingan diri.

“Apabila seseorang itu memiliki jawatan tinggi dalam politik dan mempunyai kuasa membuat keputusan sudah tentu akan mempengaruhi satu-satu keputusan yang dibuat,” katanya.

Manakala, Presly Jasni memberitahu dimana Azmi perlu berani memilih salah satu jawatan penting demi kepentingan masyarakat di Kinabatangan.

Presly Jasni. Gambar Fail SNT

“Pihak Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan bukan sahaja maklum dengan perkara ini tetapi sewajarnya mengambil tindakan yang wajar kerana ini melanggar etika serta surat arahan pihak kementerian,” katanya.

Beliau menjelaskan kita semua maklum dimana Guru dari Gred DG41 hingga DG48 saja dibenarkan aktif dalam politik, namun perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Katanya perkara itu jelas dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010, yang turut menetapkan syarat berkaitan.

Beliau berkata, antaranya melarang mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terbabit dalam politik atau memegang jawatan politik disebabkan perbezaan kedua-dua tugas berkenaan.

“Ini bagi mengelak sebarang urusan pentadbiran di jabatan itu dijadikan bahan politik dan kita juga tidak mahu wujudnya konflik kepentingan antara tugasnya dan hal politik,” katanya.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *