PPM rampas 1,410 bungkus rokok seludup di Lahad Datu

LAHAD DATU, 25 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas 1,410 bungkus kecil rokok seludup dipercayai dari Indonesia bernilai RM13,490 dari sebuah perahu di Kampung Puyut di sini, semalam.

Foto Sumber PPM Lahad Datu

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM menjalankan Operasi    Landai ke atas sebuah rumah atas air tidak bernombor berpandukan maklumat daripada Unit Risikan Marin (URM) pada 6.20 pagi.

“Menyedari kehadiran PPM, seorang suspek lelaki melarikan diri dan pemeriksaan lanjut di kawasan  rumah itu menemukan sebuah perahu yang didalamnya terdapat rokok seludup pelbagai jenama,” katanya  dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, antara jenama rokok yang ditemui ialah Premium International, Menara Dunia, A Satu Merah, A Satu Hijau, LA Hijau, Minna International serta tembakau salak yang kesemua tidak bercukai.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata beberapa siri operasi telah disusun atur bagi membanteras aktiviti penyeludupan di Sabah.

“URM sentiasa digerakkan bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat sekali gus merancang operasi berpandukan maklumat,” katanya.

– BERNAMA

Foto Ihsan PPM Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *