Korban tsunami kini 429

JAKARTA: Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda sehingga petang ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485 cedera.

Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda sehingga petang ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang. 

Portal berita Indonesia, termasuk CNBC Indonesia dan Detik News, melaporkan jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang berlaku hasil aktiviti gunung berapi Anak Krakatau malam Sabtu lalu.

“Sehingga kini, 1,485 orang cedera sementara 128 masih hilang,” kata Sutopo dalam kenyataan kepada media di sini.

Liputan6 melaporkan, Sutopo berkata, maklumat terbaru bencana itu menunjukkan 882 rumah musnah atau rosak teruk, selain 73 hotel, kedai (60 unit), sampan dan kapal (434 unit). – Agensi

355