Merangkak 3 kilometer ke sekolah [VIDEO]

JAKARTA: Kecacatan langsung tidak menghalang semangat seorang kanak-kanak daripada mengejar ilmu apabila sanggup merangkak sejauh tiga kilometer setiap hari ke sekolah.

Adul bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo. Foto Asia Wire

Dengan tangannya dipakaikan selipar, Mukhlis Abdul Kholik, 8, dari satu perkampungan di Sukabumi, Jawa Barat merangkak ke sekolah melalui jalan yang tidak rata setiap hari kerana tiada bas untuk membawanya ke situ.

Dia yang dipanggil Adul dilahirkan dengan kecacatan yang menjejaskan kakinya.



Daily Mail menyiarkan video menunjukkan Adul yang memakai kasut pada kakinya serta selipar di tangannya, ditemani seorang lagi budak lelaki dan seorang wanita untuk ke sekolah.

Menurut gurunya, Adul antara pelajar paling pintar dan bersemangat, serta gigih bersaing dengan rakan sekelas tidak kira sama ada ketika belajar atau bermain.

Guru besar sekolahnya, Epi Mulyadi berkata: “Dia sangat aktif setiap hari, walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *