Tinggal di Sabah tanpa pas, lapan warga asing dipenjara

SEKADAR GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU, 27 Nov – Lapan lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menetap di negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz mengenakan penjara dan sebat terhadap tertuduh, selepas mengaku bersalah.

Azreena memerintahkan Hamid Abduha, 47; Hassan Ali, 45; Din Abdillah, 34; dan Nasir Abni, 42; dikenakan penjara lima bulan dan satu sebatan.

Naim Jamil, 18; dan Toh Seruli, 19; pula dipenjara lima bulan, manakala Ibrahim Yim, 20; dan Steafnus Rabon, 50;  masing-masing dipenjara empat bulan dan kesemua mereka diarahkan menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan.

Hassan dan Din ditahan pada 1 Nov lepas di Tenom, manakala mereka yang lain ditahan pada 17 Nov lepas di beberapa lokasi di sekitar daerah ini.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun dan sebat.

Pendakwaan kes dikendalikan ASP Sabrina Jinius.

– BERNAMA

219