Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Tangga dipercayai digunakan mangsa sebelum terkena renjatan elektrik ketika cuba memasang kain rentang di depan bangunan kilang perabot di Inanam, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU, 21 Nov – Seorang lelaki maut manakala dua lagi terselamat selepas terkena renjatan elektrik ketika memasang kain rentang di hadapan sebuah premis di Jalan Sepanggar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Azhar Alih, 22, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Likas.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mangsa bersama dua rakannya termasuk seorang wanita memasang kain rentang itu menggunakan tangga terjatuh sebelum terkena wayar elektrik di hadapan bangunan berkenaan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat dua mangsa tidak sedarkan diri dan seorang mangsa masih sedar,” kata kenyataan itu.

Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas bersama 11 anggota membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas menggunakan jentera Perkhidmatan Kecemasan Perubatan  dan Menyelamat (EMRS).

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *