Enam lelaki dituduh seludup migran warga Filipina

Anggota polis mengiringi enam tertuduh keluar dari lokap selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas kesalahan melakukan penyeludupan seramai 21 migran warga Filipina sejak awal tahun lalu di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU, 21 Nov – Enam lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyeludup 22 migran warga Filipina secara berasingan antara Februari 2017 hingga 24 Okt tahun ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, Anuar Madjiril Hadji, 34, Amin Ali, 28, Omar Sapari, 53, Jashih Mohd Ali, 54, Badri Jalal, 62, dan Muksin Munib (pemegang dokumen IMM13) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu secara berasingan bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu antara Februari 2017 hingga 24 Okt tahun ini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.???????

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Dis depan untuk sebutan semula kes.

– BERNAMA

Anggota polis mengiringi enam tertuduh keluar dari lokap selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas kesalahan melakukan penyeludupan seramai 21 migran warga Filipina sejak awal tahun lalu di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *