VIDEO – Ibuku sudah tiada…

Anak monyet cuba menangis di tepi mayat ibunya. – FOTO News Feista/SWNS.com

New Delhi: Gelagat seekor anak monyet menyentuh perasaan apabila dilihat menangis di sisi ibunya yang mati akibat dilanggar kereta.

Ibunya mati dilanggar ketika melintas jalan di antara bandar Bareilly dan Budaun di Uttar Pradesh, utara India.

Rakaman video menunjukkan anak monyet itu menjerit sambil memeluk ibunya yang berlumuran darah.

Haiwan itu enggan melepaskan ibunya sebelum orang ramai membawa bangkai monyet terbabit.

Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki bertanya mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap anak monyet itu sebelum seorang lagi lelaki mencadangkan dia dilepaskan semula ke hutan.

Haiwan terbabit kemudian diselamatkan oleh jabatan perhutanan Uttar Pradesh. – Agensi

Anak monyet cuba menangis di tepi mayat ibunya. – FOTO News Feista/SWNS.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *