19 Ditahan Dalam Op Cegah Jenayah Di Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Antara yang ditahan untuk dibawa ke IPD Kota Kinabalu bagi tujuan dokumentasi semasa Op Cegah Jenayah dilakukan sekitar Kota Kinabalu. Gambar Ehsan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu

TANGKAPAN OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA KINABALU BAGI MINGGU KE-2 BULAN NOVEMBER 2018

Seramai 19 orang telah ditangkap (9 orang PTI dan 10 orang terlibat dengan kes jenayah) didalam satu Operasi Cegah Jenayah IPD Kota Kinabalu yang telah dibuat sejak petang kelmarin ( 7.00 malam 16 Nov 2018 hingga 2.00 pagi, 17 Nov 2018)

Operasi telah dijalankan di 6 lokasi dalam sekitar Daerah Kota Kinabalu telah memakan masa selama 6 jam dengan dibantu daripada agensi Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen & DBKK,

Tumpuan lokasi operasi yang jalankan adalah kawasan Bandaraya yang mana kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin (PATI) yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Daerah Kota Kinabalu. Anggaran umur tangkapan adalah dalam lingkungan 15 tahun hingga 59 tahun.

Tangkapan PTI seramai 9 orang akan disiasat dibawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta tangkapan kes jenayah disiasat dibawah Sek. 379 KK-Curi (3 orang)& Sek. 457 KK-Pecah rumah/curi (7 orang)

OPERASI INI AKAN BERTERUSAN untuk pada masa akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui medium media sosial seperti FB Polis Kota Kinabalu ini, dalam usaha untuk membenteras jenayah, PTI, dadah dan gejala sosial negatif di Daerah Kota Kinabalu.

“Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada.”

“Keselamatan & Kesejahteraan, Keutamaan Kami.”

Sumber  – Facebook Pages Polis Kota Kinabalu

391