Dibelasah sampai mandul

Moscow: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Stavropol Krai, Russia, kini berkemungkinan mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolahnya yang tidak senang dengan tindakan mangsa menegur kelakuan mereka di sekolah.

Mangsa dikenali sebagai Liza, yang dibelasah teruk di Mineralnye Vody, barat daya Russia Krai, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami gegaran otak dan cedera parah organ dalaman terutama sistem pernafasan dan peranakan.

Daily Mail melaporkan, dia diserang kerana menegur rakannya di sekolah menyebabkan mereka membalas dendam.

Sebelum kejadian, dia berjalan bersama seorang pelajar lelaki, Dima, apabila diserang lima pelajar perempuan berusia antara 13 dan 14 tahun.

Mangsa dibelasah selama tiga jam, kejadian itu dirakam oleh salah seorang penyerang.

Dalam rakaman itu, Liza yang memakai baju merah diserang pelajar perempuan dikenali sebagai Veronika Astapova, 14, yang menumbuk kepala, menghempasnya ke atas jalan serta menyepak belakang dan kepala.

Rakaman itu berakhir menunjukkan Liza melutut dan dipaksa meminta maaf kepada pembulinya sebelum pulang dan dan dihantar ke hospital oleh keluarganya.

Polis sudah memulakan siasatan dan suspek sudah dikenal pasti. – Agensi

180