Musa Aman Balik Sabah Tengah Hari Esok

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.15 tengahari esok.

Menurut akaun FB CM Likers, Musa akan tiba menggunakan penerbangan Malaysia Airlines.

Musa yang sedang menghadapi pertuduhan 35 salahlaku rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dipercayai balik untuk mendengar keputusan Mahkamah Tinggi terhadap saman sivil beliau yang mencabar perlantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri.

Dilaporkan juga bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah dijadualkan bersidang pada Jumaat untuk pembentangan Belanjawan Negeri 2019. – SabahNewsToday

195