Kenny chua menang jawatan Ketua Cabang PKR Penampang

Kenny Chua (baju putih) – FOTO FACEBOOK KENNY CHUA

PENAMPANG  – Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua menang dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang Penampang selepas mengalahkan pencabarnya Christopher Hee pada pemilihan parti bagi cabang itu, hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan Ketua Pengawas Pusat Pemilihan PKR cabang Penampang Mohd Mohtar Hamzah pada jam 5.05 petang, Chua, yang juga Naib Pengerusi PKR Sabah memperoleh 279 undi manakala Hee mendapat 84 undi.

Seramai 555 daripada 3,822 anggota PKR Penampang keluar menunaikan tanggungjawab mereka memilih kepimpinan baharu parti itu di Dewan Kampung Nosoob Baru, dekat sini, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pemilihan PKR bagi cabang itu turut menyaksikan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang bertanding bagi jawatan timbalan presiden, memperoleh 207 undi,  mengatasi pencabarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku penyandang jawatan itu, dengan kelebihan 131 undi.

– BERNAMA

309