15 penghuni tinggal sehelai sepinggang

SERAMAI 15 penghuni di tiga buah rumah berhampiran pejabat kesihatan di Kampung Tanjung Kapor, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran. – Ihsan Bomba

KUDAT: Seramai 15 penghuni di tiga rumah berhampiran Pejabat Kesihatan di Kampung Tanjung Kapor, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, semua rumah jenis tidak kekal berkenaan musnah 100 peratus namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata seramai 22 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama tiga jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 9.22 malam.

Katanya, sebaik tiba, api didapati marak di tiga rumah terbabit dan pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain.

“Operasi memadam kebakaran selesai dan ditamatkan pada jam 10.36 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ishak berkata, punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : Berita Harian

192