20 pegawai Kementerian penumpang Lion Air

Antara waris penumpang pesawat nahas lion air.

JAKARTA: Kementerian Kewangan Indonesia mengesahkan seramai 20 pegawainya antara 188 penumpang pesawat Lion Air yang terhempas di sini pagi tadi.

“Seramai 20 pegawai terdiri daripada tiga pegawai Perkhidmatan Aset dan Gadaian Negara, lima pegawai Pejabat Perkhidmatan Perbendaharaan Negara serta 12 pegawai Pejabat Perkhidmatan Perbendaharaan Bangka Belitung berada dalam pesawat berkenaan.

“Kami masih mengesahkan nama mereka daripada senarai penumpang pesawat berkenaan,” kata jurucakap kementerian itu, Nufransa Wira Sakti yang dipetik Jakarta Post.

Pesawat jenis Boeing 737 berkenaan dalam penerbangan ke Pulau Pangkal Pinang di Bangka Belitung, Sumatera dan berpatah balik ke Jakarta sebelum terputus hubungan.

Antara waris penumpang pesawat nahas lion air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *