”Saya Sampai Menangis Dengan Takdir Allah,” Kerana 10 Minit, Lelaki Terselamat Dari Nahas Lion Air

Takdir Allah tiada siapa mampu mengelaknya. Hampir menjadi salah seorang mangsa nahas pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas pagi tadi, Sony Setiawan bernasib baik kerana terselamat gara-gara tertinggal penerbangan.

Difahamkan, dia lewat tiba 10 minit di terminal kerana disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Tol Cikampek, Karawang. Setibanya dia di lapangan terbang Bandara, pesawat sudah pun berlepas.

“Rumah saya di Bandung dan setiap minggu akan pulang. Jadi dari Bandung saya akan ke Bandara setiap isnin pagi bagi menaiki Lion Air pada jam 06.10.

”Kebiasaanya, saya bertolak dari Bandung pada jam 11 malam dan sampai ke terminal 1 B Jakarta sekitar jam 3 pagi, tetapi kerana kesesakan lalu lintas yang teruk di Cikampek saya sampai ke Bandara jam 6.20 pagi, pesawat sudah pun berlepas, ‘‘ kataya ketika ditemui media tempatan.

Ketika mengetahui berita pesawat yang seharusnya dinaiki pagi tadi hilang dari radar, dia menangis dan bersyukur kerana terselamat kerana sebelum itu sudah mempunyai perasaan tidak sedap hati.

“Saya sampai menangis, ini lah jalan takdir Allah buat saya untuk memperbaiki diri. Tidak ada firasat mengenai apa yang akan berlaku, cuma dari petang semalam saya sudah merasa tidak nyaman.

Malah, dia turut mencetak boarding pass yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

”Saya check online kerana takut terlambat, tapi saya merasa terlalu malas untuk pergi. Biasanya saya tidak pernah mencetak boarding pas,” kata Sony.

Sumber : Detik News/SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *