Lion Air miliki rekod masalah teknikal

Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait

JAKARTA: Sebuah pesawat Lion Air yang terhempas di laut sejurus berlepas dari Jakarta hari ini mempunyai rekod masalah teknikal, tetapi ia berjaya diselesaikan mengikut prosedur, kata ketua eksekutifnya, Edward Sirait.

“Sebelum ini pesawat sama pernah terbang dari Denpasar menuju ke Cengkarang, Jakarta. Terdapat laporan mengenai masalah teknikal dan ia berjaya diselesaikan mengikut prosedurnya,” kata Sirait memberitahu wartawan sambil menolak untuk menjelaskan jenis isu teknikal dihadapi pesawat berkenaan.

Katanya, syarikat Lion Air mengendalikan 11 pesawat model yang sama, namun Boeing 737 Max 8 dan pesawat lain tidak mempunyai masalah teknikal yang sama.

Tambahnya, pihaknya tidak merancang untuk menghentikan perkhidmatan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 yang lain. – Reuters.

171