Jururawat dari neraka!

Hoegel

PEMBUNUH bersiri paling aktif di Jerman selepas perang, Niels Hoegel, 46, disifatkan sebagai seorang lelaki yang baik oleh rakan sekerjanya, kerana tidak banyak menimbulkan masalah, sehinggalah kes pembunuhan membabitkannya mula tersebar.

Beliau yang bertugas sebagai penjaga generasi kedua, dipercayai mabuk ketika membunuh pesakitnya, yang dipilih secara rawak akibat ‘kebosanan’.

Hoegel yang mengaku menyuntik pesakitnya dengan dadah yang mengakibatkan mereka menghadapi masalah kegagalan jantung atau aliran darah, sebelum cuba menyelamatkan mereka hingga dijulang sebagai penyelamat oleh rakan sekerja dan ketuanya.

Tindakannya itu menyebabkan lebih 100 pesakit menemui ajal di tangannya.

Dalam perbicaraan terbaru yang bermula Selasa lalu, adalah yang ketiga dihadapinya sejak 2015 membabitkan kes kematian di beberapa klinik, tempat Hoegel bekerja.

Beliau didapati bersalah dalam dua perbicaraan sebelumnya dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, tetapi pasukan penyiasat mengemukakan bukti baharu berdasarkan ujian toksikologi ke atas puluhan mayat yang digali semula.

Sebelum ini, Hoegel mengaku melakukan 30 pembunuhan dan 60 cubaan membunuh tetapi pihak penyiasat yakin jumlahnya adalah lebih tinggi.

Sumber : AFP

Hoegel
93