Macam dah rancang bunuh diri…

Mayat lelaki berkenaan. – Foto Media Social

LELAKI maut selepas dipercayai terjun dari tingkat sembilan sebuah hotel di Jalan Masjid di Tawau, hari ini. .

Lelaki berusia 58 itu dikatakan mendaftar masuk di hotel berkenaan, jam 4.53 pagi sebelum terjun dari bilik penginapannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, anggota polis menerima panggilan pada 5.06 pagi sebelum menghantar anggota ke lokasi.

Katanya, berdasarkan maklumat pengurus hotel, seorang pekerja keselamatan terdengar bunyi hentakan kuat sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan.

Mayat lelaki berkenaan. – Foto Media Social

“Hasil pemeriksaan di bilik mangsa mendapati keadaan bilik tersusun rapi, manakala terdapat kerosakan pada kunci tingkap di bilik itu.

“Ia dipercayai disebabkan oleh tindakan lelaki itu, sebelum dia terjun melalui tingkap berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadil berkata, mayat lelaki itu sudah dikenal pasti oleh waris yang membuat pengecaman sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

“Polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat lelaki berkenaan. – Foto Media Social

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *