“Kalau tak mampu bela, lepaskanlah…” – Beginilah keadaan menyedihkan Zoo Lok Kawi, Kota Kinabalu

Zoo Lok Kawi yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini telah menjadi perhatian dunia setelah sebuah portal antarabangsa mendedahkan suasana persekitaran zoo itu yang menyedihkan.

Pendedahan yang dibuat oleh The Dodo, tentang beberapa ekor haiwan gajah di zoo itu telah dirantai dan ditempatkan di dalam kandang yang tidak terurus.

8 bulan yang lalu, haiwan-haiwan gajah ini dapat bergerak dengan bebas di kawasan yang damai namun, setelah pengubahsuaian dan pembinaan yang dibuat di zoo telah menjadikan mereka di kurung dengan zalim.

Apa yang lebih menyedihkan adalah haiwan-haiwan ini sepatutnya dapat kembali ke zon bebas selepas pembinaan siap pada Julai 2018, namun sehingga ke hari ini, pembinaan masih dijalankan tanpa sebarang tanda-tanda mahu berakhir.

Dalam masa yang sama, beberapa ekor gajah telah mati akibat hidup dalam keadaan yang tidak dipedulukan ini.

Jika hal ini dibiarkan, lebih banyak haiwan akan mati. Pihak zoo sepatutnya sedar dengan perkara ini dan sekiranya tidak memiliki kemampuan untuk menguruskan haiwan-haiwan ini, mereka sepatutnya melepaskan haiwan-haiwan malang ini ke habitat asal mereka.

Selain daripada gajah, beberapa spesis haiwan yang lain seperti beruang matahari,harimau dan orangutan juga ditempatkan di dalam sangkat kecil yang tidak selesa untuk mereka.

Keadaan ini akan membahayakan haiwan-haiwan dan kemungkinan lebih banyak lagi haiwan akan mati jika di jaga dengan tidak terurus.

Sumber : ohmymedia

371