Sinead O’Connor peluk Islam

Penyanyi terkenal Irelan, Sinead O’Conner. Foto Agensi

BELFAST: Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O’Conner memeluk agama Islam dan kini menggunakan nama Shuhada’ Davitt.

Shuhada’ yang sebelum ini dikenali sebagai Magda mendedahkan menerusi Twitter bahawa beliau sudah meninggalkan agama Kristian Katolik demi kebaikan.

“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam.

“Ia menjadi semua kitab suci lain bertindan. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada’. Maaf Sine, Shuhada’,” katanya di Twitter.

Sinead O’Connor menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dengan bantuan Dr Phil.

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

Beliau turut menggayakan pakaian Muslim berdasarkan gambar.

“Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *