Lubang telan empat mangsa

Lubang yang menelan mangsa.

Beijing: Dua terbunuh manakala seorang datuk dan cucunya masih hilang selepas ditelan lubang benam yang menjadi laluan pejalan kaki tiba-tiba mendap di China.

Lubang sebesar lebih enam meter persegi itu terbentuk pada kaki lima di luar hospital tempatan di Dazhou, Sichuan, jam 2.30 petang yang ‘menelan’ empat mangsa berkenaan, lapor Daily Mail.

Sehingga hari ini, penyelamat masih mencari datuk dan cucunya dalam lubang dipercayai sedalam dua meter itu.

Rakaman kamera litar keselamatan tertutup dari kedai berhampiran menunjukkan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa ketika kejadian.

Seorang lagi budak lelaki yang terjatuh dalam lubang itu sempat diselamatkan orang ramai dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Rakaman video menunjukkan bomba berusaha mencari mangsa, sebelum runtuhan kedua berlaku ketika dua anggota penyelamat masih di dalam lubang berkenaan.

Mereka yang memakai abah-abah sempat ditarik ke tempat selamat.

Sepuluh jam selepas kejadian, seorang mangsa wanita ditemui tetapi disahkan meninggal dunia di hospital, lapor CCTV.

Seorang lelaki yang ditemui sebelum itu sekitar pada jam 9.30 malam diisytiharkan mati di tempat kejadian.

Sumber : Agensi

Lubang yang menelan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *