Lubang lumpur panas, api selepas gempa

Petikan video menunjukkan api setinggi dua meter dari lubang yang muncul selepas gempa bumi di Sulawesi.

PENDUDUK gempar dengan penemuan satu lopak yang menghamburkan lumpur panas dan api setinggi dua meter di Desa Salugatta, Mamuju Tengah, Sulawesi Barat.

Fenomena itu berlaku sehari selepas gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi Tengah, Jumaat lalu.

Menurut laporan Patroli Indosiar, hari ini, lubang yang menghamburkan lumpur panas dan api itu ditemui ladang kelapa sawit PT Surya Raya Lestari di Desa Salugatta, Kecamatan Budong-Budong, Sulawesi Barat.

Pada mulanya penduduk menemui satu lubang seluas satu meter yang kelihatan seperti perigi.

Bagaimanapun, Sabtu lalu lubang itu menghamburkan lumpur panas dan api setinggi dua meter.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, pihak berkuasa melarang penduduk daripada menghampiri kawasan berkenaan.

Sumber – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *