Vaksin Pfizer Selamat Untuk Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun

WASHINGTON: Pfizer dan rakan niaganya BioNTech berkata, vaksin keluarannya selamat dan berkesan terhadap jangkitan Covid-19 bergejala dalam kalangan kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Syarikat itu mendedahkan data dalam satu dokumen yang dimuat naik Jumaat, menjelang mesyuarat dengan penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, yang dijadual pada Khamis ini.

Pfizer dan BioNTech sudah memohon kebenaran penggunaan kecemasan rejim dua doa untuk dos 10 mikrogram bagi kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun.

Doa kedua diberikan selepas tiga minggu pemberian dos pertama.

Data itu menunjukkan dua dos vaksin berkenaan untuk golongan berkenaan memberikan keberkesanan tinggi terhadap Covid-19 ketika penularan varian Delta masih dominan di AS.

Jika mendapat kelulusan, ia adalah vaksin Covid-19 pertama untuk penggunaan bagi individu dalam kumpulan usia berkenaan.

Ketika ini, vaksin Pfizer-BioNTech sudah sepenuhnya dibenarkan penggunaannya untuk remaja berusia 16 tahun ke atas, dan dibenarkan untuk penggunaan kecemasan untuk kanak-kanak berusia antara 12 tahun dan remaja berusia 15 tahun. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *